Skip to main content

Evolusi pendidikan tinggi masakini

Fenomena biasa kita lihat setiap tahun. Sekarang ni Musim form five ambik SPM. Bulan 2 atau 3 tahun depan result keluar, bulan 5 atau 6 masuk pusat pengajian tinggi atau tak berapa tinggi. Secara tradisinya, pelajar-pelajar cemerlang akan memasuki IPT ternama dalam & luar negara, yang kurang cemerlang akan masuk pusat pengajian yang dianggap kelas kedua & ketiga.

persepsi umum
Ramai dari kita menganggap institusi berasaskan vokasional dan teknik sebagai institusi kelas kedua yang hanya layak untuk mereka yang kurang cemerlang. Tapi realiti alam pekerjaan memerlukan mereka yang mahir mengendalikan mesin, membuat kerja-kerja praktikal, serta pelbagai kemahiran lain yang asasnya dilatih di pusat pusat pengajian yang berasaskan teknikal dan vokasional seperti Pusat Giat MARA, IKM, IKBN, ILIM, dan banyak lagi.

Bukan nak cakap IPTA dan IPTS yang 'academic based' dah ketinggalan zaman, tapi kebanyakan dari kita ada persepsi kalau nak dapat kerja yang baik, kena masuk IPTA terus. Lepas grad tentu dapat kerja bagus punya. Sorry jack, dulu mungkin, tapi sekarang, kebanyakan majkan ada kriteria yang macam-macam. Degree adalah perkara kedua, ketiga, mungkin kesepuluh yang mereka tengok dalam diri seseorang calon yang memohon jawatan.

Universiti bukanlah passport untuk dapat kerja. Kita harus faham yang tugas universiti adalah untuk mengajar mahasiswa untuk mencari ilmu dan mengasah kebolehan mereka untuk menganalisa sesuatu masalah serta mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Ini secara tak langsung melatih mereka untuk membuat keputusan yang baik dan bermanfaat apabila keluar kelak.

Cadangan 'pathway' baru
Saya banyak nasihatkan mereka yang baru habis SPM untuk terokai minat mereka bermula dengan kemahiran dahulu. iaitu bermula dengan institusi-institusi teknikal atau vokasional yang banyak terdapat dinegara kita ni. Rasionalnya ialah, sebelum masuk ke peringkat tinggi, mula dari bawah dahulu. mula dengan level yang mengasah kemahiran yang melibatkan 'motor skill' dahulu. Apabila sudah mahir, beralih ke aras yang lebih tinggi, iaitu peringkat yang melibatkan pemikiran aras tinggi yang memerlukan pelajarnya mencari penyelesaian kepada masalah menggunakan pelbagai kaedah.

Ramai yang cakap dengan saya, kalau ikut laluan ni akan ambil masa lama sangat. Pada pendapat saya, tak rugi laburkan masa kalau berkenaan pendidikan. jangan pandang dari sudut masa semata-mata. Katakan seorang yang mengambil kursus konvensional di IPT tempatan mengambil masa lebih kurang 1 tahun untuk asasi, dan kemudian 4 tahun untuk Ijazah kejuruteraan mekanikal. Lepas habis belajar, kalau dapat kerja akan dianggap sebagai fresh grad, dan layak untuk dapat gaji basic untuk fresh grad.

Ok, kita ambik contoh lepas SPM, masuk pusat giat MARA atau IKM untuk sijil automotif, selepas setahun dapat sijil yang membolehkan mereka kerja untuk dapat pengalaman, lepas setahun bekerja, boleh masuk IKM/Politeknik/UniKL/UITM untuk sambung ke peringkat Diploma. Lepas Diploma kerja balik 1 tahun, dan kemudian sambung untuk Ijazah selama 2-3 tahun bergantung kepada jumlah kredit yang dapat ditransfer dari diploma yang terdahulu. selepas habis ijazah, kita bukan lagi dianggap fresh grad, tapi seorang yang ada ijazah dan ada 2 tahun pengalaman bekerja. Banyak bezanya dengan fresh grad yang hanya ada lebih kurang 4 bulan pengalaman latihan industri.

Memanglah ianya mengambil masa lebih lama sedikit dari cara konvensional, tetapi nilainya jauh lebih baik, pada pandangan saya. tanya mana-mana syarikat yang ada kat luar sana. Mana satu yang mereka akan pilih.

Bottom line
Ijazah hanya sekeping kertas yang dijadikan tiket untuk hadir temuduga kerja, tapi kejayaan mendapatkan jawatan tersebut bukan bergantung kepada ijazah tersebut. Boleh sambung belajar secara part time pun untuk dapat ijazah, bergantung kepada bidang. Contohnya UTM-SPACE, UITM, OUM, dan banyak lagi. Saya selalu cakap pada student-student saya, sekarang ni nak sambung belajar tak sesukar nak dapat kerja.

Yang lebih sedih lagi, baru habis belajar, hutang belajar dah cecah puluhan ribu malah ada yang cecah seratus ribu lebih. Yang ada anak yang tengah berjuang untuk SPM tahun ni, saya berharap tulisan ini dapat memberi manfaat kepada anda dan anak anda. Mari kita didik anak-anak kita untuk jadi lebih bijak dalam membuat keputusan dalam memilih laluan pendidikan tinggi, Insyaallah.

-gazmin-

Comments

Popular posts from this blog

Cert or knowledge?

Salaam and good evening everyone, a very intriguing topic that many faced today. I do believe that we face this question while studying for our high school exam, or even tertiary years. When we reach adulthood, we kind of know what the answer is, and it's not a straightforward answer. Job requirement While most jobs with a career path would require some form of academic qualifications, there are those who excels in their career without any tertiary qualifications. One good friend of mine is a living testament to this. He started working after high school with SPM, and now after 20 over years in the banking sector, he is the departmental head overseeing a group of staff in one of Malaysia's leading bank(hint: yellow themed, animal logo). Well, they say experience is the key, but certification can certainly be the icing on the cake. False Positive While most of us would rush into tertiary education without second thought, there are some that would take a different rout...